Malaysia
Jurutera Ditahan Buat Laporan Palsu Demi Tuntutan Insurans
Seorang jurutera berusia 42 tahun ditahan selepas membuat laporan palsu mendakwa dirinya dirompak dan kereta mewah Audi miliknya dicuri untuk mendapatkan pampasan insurans.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, berkata lelaki itu membuat laporan pada jam 3.14 pagi, pada sabtu lalu mendakwa kejadian berlaku pada malam sebelumnya.
Siasatan mendapati laporan tersebut tidak benar dan dibuat semata-mata untuk tujuan tuntutan insurans. Suspek ditahan di sebuah restoran di Pedas pada jam 11.45 pagi, pada ahad.
Kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan, denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.