Malaysia

Kadar liputan internet kawasan berpenduduk seluruh negara hampir capai 99% – Fahmi Fadzil

Kadar liputan internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk seluruh negara mencapai 98.82% setakat 31 Julai lalu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, bagi liputan 5G, Digital Nasional Berhad (DNB) telah menyiapkan 7,489 tapak pemancar, memberikan 82.4% liputan di kawasan berpenduduk.

Jumlah langganan 5G kini melebihi 28 juta pengguna dengan kadar penembusan jalur lebar mudah alih 82.7% bagi setiap 100 penduduk.

Rangkaian 5G kedua oleh U Mobile mula beroperasi pada 14 Julai lalu dengan 1,232 tapak dinaik taraf.

Kerajaan turut memperluas liputan 5G ke kawasan luar bandar secara berperingkat mengikut keperluan dan kesediaan infrastruktur.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker