Kadar tambang RTS Link hubungkan JB-Singapura dalam masa 5 minit belum ditetapkan

Kajian akhir bagi menentukan kadar tambang Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura sedang giat dijalankan.
Malaysia berharap kadar yang ditetapkan nanti dapat menarik lebih ramai pengguna untuk berulang-alik antara kedua-dua negara.
RTS Link dijangka mula beroperasi pada 1 Januari 2027 dengan perjalanan hanya lima minit antara Stesen Bukit Chagar, Johor dan Stesen Woodlands North, Singapura.
Projek ini juga dilengkapi kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di stesen permulaan bagi mempercepat urusan penumpang.
Tren pertama RTS Link diperkenalkan pada sesi pratonton rasmi di Pusat Ujian Rel Singapura pada Isnin, disempurnakan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Jeffrey Siow.
RTS Link sepanjang empat kilometer ini bukan sahaja dianggap projek infrastruktur, tetapi simbol kerjasama erat Malaysia dan Singapura.