EksklusifMalaysia

Kahwin Campur:Kalau dah jodoh, tak kemana!

Kuala Lumpur, Nov 1 – Keunikkan tradisi, adat resam serta budaya dalam negara tiada tandingan apatah lagi apabila pasangan memilih untuk berkahwin campur.

Kebiasaan pasangan berkahwin campur, akan berdepan dengan konflik memahami budaya masing-masing tetapi kalau dah jodoh,tak kemana!

Mohd Ameerul Iman yang dilahirkan dalam keluarga Melayu Cina telah menambah kepelbagaian salasilah keluarganya dengan mengahwini Kishanthini Sinappan, seorang wanita daripada keluarga orang India.

KIsah cinta mereka menarik perhatian Telus apabila persahabatan empat tahun, yang bermula di tempat kerja kini berakhir ke jinjang pelamin.

Perkahwinan mereka, sangat unik dan luar biasa dimana Kishanthini berpakaian sari, dan Iman pula mengenakan baju melayu, dimana gambar perkahwinan mereka tular di Tik Tok serta menerima pelbagai pujian daripada warga netizen.

Kishanthini turut menasihati orang ramai di luar sana yang masih ragu-ragu untuk berkahwin campur,supaya terus ikut jejak hati kalau dah cinta seseorang itu, latar belakang, bangsa, kaum tidak lagi penting, yang penting pasangan dapat memahami antara satu sama lain serta terus hidup bersama.

Kisah mereka mencerminkan keindahan perpaduan dalam Malaysia dan patut dicontohi setiap rakyat untuk terus hidup aman dan damai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker