Dunia

Kajian dakwa ada struktur kota gergasi di bawah Piramid Giza

Dunia digemparkan dengan dakwaan sekumpulan penyelidik dari Itali yang mendakwa telah menemui rangkaian bawah tanah berskala besar di bawah Piramid Giza.

Penyelidikan yang diketuai Profesor Corrado Malanga dari Universiti Pisa itu mendakwa mereka mengesan imej radar yang menunjukkan terdapat terowong misteri, tangga, laluan air serta struktur tersembunyi dengan kedalaman 610 meter ke bawah.

Lebih menjadi hangat, mereka percaya bahawa terdapat Hall of Records, simpanan purba yang dikaitkan dengan tamadun Mesir di bawah tanah berkenaan.

Bagaimanapun, ramai pakar yang menepis dakwaan Corado dengan menegaskan bahawa teknologi radar satelit yang digunakan tidak mampu menembusi tanah sedalam itu.

Malah, arkeologi terkenal, Dr Zahi Hawass turut menjelaskan bahawa penemuan tersebut langsung tidak berasaskan saintifik.

Menurut laporan Daily Mail, kajian itu masih belum diterbitkan dalam jurnal akademik yang diiktiraf, tetapi ia terus mencetuskan perdebatan hangat di kalangan saintis dan sejarawan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker