Kajian Dedah Usia Kritikal Perubahan Drastik Pada Wajah: 44 dan 60 Tahun
Menurut kajian, perubahan pada wajah berlaku secara mendadak pada dua peringkat usia iaitu pada 44 dan 60 tahun.
Kajian oleh pasukan diketuai genetik Michael Snyder dari Universiti Stanford mendapati perubahan molekul dalam tubuh mencapai kemuncak pada usia tersebut. Data dari 108 individu yang menyerahkan lebih 47 sampel biologi setiap seorang menunjukkan perubahan besar pada molekul seperti RNA, protein, lipid, dan mikrobiom.
Pada usia pertengahan 40-an, perubahan melibatkan metabolisme lipid, kafein, alkohol, serta fungsi kulit, otot, dan risiko penyakit kardiovaskular. Pada awal 60-an, ia melibatkan metabolisme karbohidrat, fungsi imun, kulit, buah pinggang, dan risiko penyakit yang serupa.
Kajian juga mendapati faktor menopaus bukan penyebab utama bagi wanita, menunjukkan perubahan ini berlaku kerana faktor lain yang mempengaruhi lelaki dan wanita. Penemuan ini membuka ruang untuk memahami proses penuaan dengan lebih mendalam dan merancang rawatan lebih awal.