Malaysia

“Kalau tak cukup bukti, kenapa orang buat laporan polis?” – Sivakumar kecewa dengan Azalina Othman

Datuk N. Sivakumar meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung siasatan terhadap pendakwah kontroversi, Zamri Vinoth dan Firdaus Wong.

Presiden Majlis Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (MAHIMA), itu menyifatkan jawapan menteri tersebut dalam sidang Parlimen baru-baru ini sebagai satu bentuk ‘cuci tangan’ yang mencemarkan prinsip keadilan dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem perundangan negara.

Azalina memaklumkan bahawa siasatan terhadap dua individu itu tidak dapat diteruskan kerana tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka, walaupun banyak kenyataan mereka yang menghina agama dan menyentuh isu-isu sensitif 3R (Raja, Agama dan Kaum) telah tular di media sosial.

MAHIMA mempertikaikan kenyataan tersebut, menyifatkannya sebagai tidak masuk akal memandangkan laporan polis terhadap dua pendakwah itu telah dibuat secara konsisten oleh masyarakat pelbagai kaum.

Sekiranya tiada asas kukuh, mengapa begitu ramai rakyat tampil membuat laporan? Ini menimbulkan persoalan besar tentang ketelusan pihak berkuasa dalam menangani isu yang melibatkan perpaduan nasional.

Beliau mendesak agar ketelusan dan tindakan tegas diambil segera sebelum rakyat hilang kepercayaan terhadap keadilan di negara ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker