Sukan
“Kami hargai privasi kami” – Woods umum bercinta dengan Vanessa Trump

Tiger Woods mengejutkan ramai apabila mengesahkan hubungannya dengan Vanessa Trump, bekas isteri Donald Trump Jr., menerusi hantaran di media sosial hari ini.
Woods yang berkongsikan gambar di laman X rasmi miliknya turut meletakkan kapsyen bertulis, kasih sayang sedang berputik dan hidupnya kini lebih indah dengan adanya Trump di sisi.
Pengumuman ini mengesahkan khabar angin yang berlegar sejak beberapa minggu lalu. Vanessa, yang bercerai pada 2018 selepas 13 tahun berkahwin, turut memuat naik gambar bersama Woods di Instagram.
Sebelum ini, kehidupan peribadi Woods menjadi perhatian akibat skandal seks pada 2009 yang memusnahkan perkahwinannya bersama Elin Nordegren.