‘Kami juga pendosa’, bapa pempengaruh 8 tahun mohon maaf, padam kandungan TikTok

Bapa kepada pempengaruh kanak-kanak, Rania Farisya tampil memohon maaf berhubung kontroversi yang tercetus di media sosial baru-baru ini.
Ilyas Faris Mohamad memaklumkan segala kandungan yang dikaitkan dengan isu terbabit akan dipadam atau ditetapkan ke mod privasi selepas menyiapkan komitmen kerja yang telah dipersetujui.
Langkah itu diambil bagi meredakan keadaan susulan kritikan warganet terhadap kandungan TikTok Rania yang dianggap tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Dalam masa sama, beliau turut menzahirkan rasa kesal dan memohon doa orang ramai agar mereka sekeluarga dapat memperbetulkan kekhilafan serta terus istiqamah.
Terdahulu, Faris tampil menjawab teguran segelintir netizen mengenai kandungan yang dimuat naik bersama anaknya yang didakwa berkelakuan seperti ‘grooming’ anak sendiri,
Dia pada masa sama mendakwa sekiranya ada kesalahan dalam cara penjagaannya, sudah tentu tindakan undang-undang akan diambil.