Malaysia

Kanak-kanak 11 tahun hamilkan sepupu 15 tahun di Kelantan kerana suka sama suka

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan telah menghamilkan sepupunya yang berusia 15 tahun dipercayai atas dasar cinta bawah umur.

Menurut Ketua Polis Kelantan, kejadian yang berlaku minggu lalu itu menyebabkan kanak-kanak lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau dalam satu sidang akhbar di IPK Kelantan pada Rabu turut mendedahkan bahawa kes sumbang mahram di negeri itu sangat membimbangkan yang mana kejadian rogol bawah umur kebanyakkan atas dasar suka sama suka dan bukan paksaan.

Tambahnya lagi, kes rogol tahun ini, dari Januari hingga Mac meningkat 15.6 peratus berbanding tahun lepas dalam tempoh sama dengan 252 kes.

Ujarnya, hasil kajian pihak polis mendapati bahawa faktor seperti konflik keluarga, hubungan cinta, pendedahan kepada video atau gambar lucah, kurangnya didikan agama, pengaruh rakan sebaya, serta penggunaan dadah antara punca utama berlakunya perbuatan terkutuk tersebut.

Beliau menambah, 30 peratus daripada kes rogol dan sumbang mahram disumbangkan oleh penggunaan dadah, berdasarkan ujian air kencing yang dijalankan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker