Kanak-kanak ditemui dalam keadaan ngeri, tanpa tangan,kepala, dibaham buaya, Lahad Datu

Kuala Lumpur,Oct 14 – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ditemui dalam keadaan ngeri, tanpa kepala dan tangan dipercayai dibaham buaya di Pantai Sinakut, Tungku, Lahad Datu, semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata mangsa bernama Denis Rodi, ditemukan dalam keadaan tanpa kepala dan tangan kanan pada jam 9.26 pagi.
Hasil siasatan awal mendapati, kanak-kanak sebelum itu sedang mandi di pantai berkenaan bersama dengan lima rakannya.
“Mangsa kemudian disambar buaya dan diseret ke tengah laut. Ahli keluarga dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa tetapi tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas beliau berkata, mayat itu ditemukan kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian selepas operasi pencarian dilakukan bersama penduduk setempat di situ.
Pihaknya turut menerima laporan polis daripada bapa tiri kanak-kanak terbabit.