Malaysia

Kanak-kanak perempuan 12 tahun ditahan lumba haram di KL

Dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun termasuk dalam 38 penunggang motosikal yang ditahan kerana terlibat dalam lumba haram di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail, awal pagi Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata operasi itu dijalankan susulan aduan orang ramai, dengan 196 notis kompaun dikeluarkan dan 19 motosikal disita. Kesalahan utama adalah tiada lesen memandu.

Beliau turut menyatakan rasa terkejut apabila mendapati kanak-kanak perempuan tersebut menunggang motosikal yang telah diubah suai dan kebanyakan yang ditahan berusia bawah 18 tahun dan masih bersekolah.

JPJ telah memanggil ibu bapa kanak-kanak bawah umur untuk tindakan lanjut dan sedang meneliti langkah susulan bersama agensi penguatkuasaan lain terhadap ibu bapa yang membiarkan anak mereka berlumba haram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker