Kapal bawa 30 aktivis bantu Gaza karam selepas diserang dron Israel

Kapal milik Kumpulan aktivis Freedon Flotilla yang diserang dron Israel disahkan rosak teruk dan sedang karam di tengah perairan antarabangsa.
Menurut laporan Al Jazeera, serangan itu menyebabkan kebakaran berlaku di bahagian atas kapal, sebelum kapal berkenaan menghantar isyarat kecemasan dan menerima maklum balas daripada tentera laut Cyprus.
Freedom Flotilla yang ditubuhkan tahun lalu oleh aktivis keamanan dari beberapa negara, menggunakan kapal pukat tunda yang diubah suai untuk berdepan dengan sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Kejadian berlaku apabila seramai 30 aktivis hak asasi manusia dari serata dunia itu sedang cuba memasuki sekatan di Semenanjung Gaza.
Acar memaklumkan serangan berlaku di perairan antarabangsa kira-kira 17 kilometer dari Malta dan kru kapal bertindak mengeluarkan isyarat kecemasan kepada negara-negara berhampiran.
Kapal Freedom Flotilla diserang dua kali oleh dron pada jam 12.23 pagi Jumaat waktu Malta, menyebabkan kerosakan pada badan kapal dan kebakaran.