Dunia
Kapal kargo bawa EV terbakar di tengah Lautan Pasifik

Sebuah kapal kargo yang membawa 3,000 kereta, termasuk 800 kenderaan elektrik (EV), terkandas di tengah Lautan Pasifik selepas terbakar secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan dari China ke Mexico.
Kapal sepanjang 182.88 meter itu, dikenali sebagai Morning Midas, terbakar kira-kira 450 kilometer di selatan Alaska pada Selasa lalu.
Kebakaran dipercayai bermula dari dek yang menyimpan EV.
Kru kapal gagal memadam api dan terpaksa meninggalkan kapal. Kesemua 22 anak kapal berjaya diselamatkan oleh kapal kargo berhampiran.