Malaysia

Kariah masjid terkilan wanita berpakaian seksi menari ketika Songkran di Batu Ferringhi

Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Ferringhi meluahkan rasa terkilan susulan penularan video pendek memaparkan sekumpulan wanita menari dalam keadaan berpakaian tidak sopan semasa sambutan pesta muzik Songkran yang diadakan berhampiran kawasan masjid baru-baru ini.

Pengerusi kariah, Ismail Din berkata mereka hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas rakaman berdurasi 37 saat tersebut tular di media sosial pada Ahad lalu.

Dikatakan, pihaknya tidak dimaklumkan lebih awal tentang penganjuran acara seperti itu dan video yang tular menunjukkan beberapa wanita menari dalam keadaan separuh bogel di tingkat atas sebuah restoran itu tidak jauh dari masjid.

Beliau menegaskan video itu jelas memaparkan aksi yang tidak senonoh dan sangat mengecewakan.

Tambahnya lagi, pihak berkuasa diminta lebih berhati-hati dalam meluluskan permit penganjuran acara seumpama itu pada masa akan datang.

Difahamkan, lokasi kejadian hanya terletak kira-kira 50 meter dari masjid berkenaan. Pihak kariah kini berharap tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak berkuasa untuk memastikan keharmonian kawasan itu terus terpelihara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker