Malaysia

KDN dedah wujud kes bayi tiga bulan dirogol dan dirakam

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan wujud kes tidak masuk akal membabitkan bayi tiga bulan yang bukan saja dirogol tetapi turut dirakam sebelum video itu dijual.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan sama ada kes tersebut berlaku di dalam negara atau luar dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Berikutan itu, KDN merancang memperkukuh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) bagi menangani jenayah seksual yang semakin membimbangkan.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin menegaskan Malaysia tidak akan menjadi tempat merekrut atau mengutip dana untuk keganasan.

Beliau turut memuji tahap perisikan negara susulan kejayaan polis menumpaskan Gerakan Militan Radikal Bangladesh baru-baru ini, serta menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang aktiviti keganasan yang dikesan di sini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker