Malaysia

KDN siasat satu lagi kes Jalur Gemilang tidak lengkap

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan terhadap rakaman video tular yang memaparkan Jalur Gemilang tidak lengkap dipercayai berlaku di sebuah ekspo jualan barangan bayi di ibu negara.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses siasatan yang dijalankan sama seperti dilalui oleh akhbar berbahasa Cina yang menyiarkan ilustrasi bendera Malaysia tanpa bulan sabit dalam penerbitan muka depan.

Beliau turut mengingatkan bahawa bendera adalah lambang identiti negara yang membawa pelbagai makna dan maksud di sebaliknya.

Jadi, sebarang bentuk kelalaian, kecuaian, yang boleh mengundang rasa resah dalam kalangan masyarakat perlu dielakkan.

Sebelum ini, masyarakat mengkitik Jalur Gemilang yang tidak mempunyai simbol bulan sabit dipaparkan di belakang pentas gerai sebuah syarikat makanan bayi dari Singapura pada pameran jualan produk bayi di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker