Malaysia

Keadaan penularan COVID-19 dan influenza di Malaysia kini terkawal – KKM

Keadaan penularan COVID-19 dan influenza di Malaysia kini terkawal, tanpa sebarang peningkatan kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) serta tiada kematian dilaporkan.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di negara ini kekal terdiri daripada varian Omicron dan subvariannya, tanpa pengesanan varian baharu setakat ini.

Data terkini menunjukkan jumlah kes COVID-19 menurun sebanyak 14.23 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-51 yang merangkumi tempoh 15 hingga 21 Disember iaitu 1,477 kes berbanding 1,722 kes pada minggu sebelumnya.

“Sejak 25 April lalu, tiada sebarang kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kekal sebanyak 58 kes,” menurut kenyataan KKM pada Isnin.

Bagi jangkitan influenza, daripada jumlah sampel yang positif, 32 peratus adalah jenis influenza A, manakala 26 peratus lagi adalah jenis influenza B.
KKM terus memantau perkembangan kes influenza di seluruh negara.

KKM turut menjelaskan bahawa peningkatan kes COVID-19 dan influenza menjelang akhir tahun adalah fenomena yang dijangka. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan diri serta mengelakkan penularan penyakit kepada orang lain, terutama ketika musim perayaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker