Kebakaran tingkat 14 sebuah pangsapuri di Damansara, ragut nyawa seorang wanita
Kuala Lumpur, Oct 12 – Tingkat 14 sebuah pangsapuri di Damansara terbakar dan meragut nyawa seorang wanita,manakala dua lagi selamat
Wanita berusia 31 tahun itu ditemui meninggal dunia di dalam bilik air ketika kejadian itu berlaku.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran itu membabitkan kotak suis pada sebuah pangsapuri di tingkat 14.
Katanya menerusi satu kenyataan bahawa, api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba dan terdapat tiga orang mangsa iaitu dua wanita dan seorang lelaki berusia 24 hingga 31 tahun.
Dua mangsa berjaya diselamatkan manakala seorang lagi wanita disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.Punca kejadian masih belum jelas dan ia dalam proses siasatan.