Malaysia

“Kecil-kecil dah pandai seksa haiwan, mungkin dah besar jadi pembunuh”

Tindakan tiga kanak-kanak lelaki menyeksa seekor anak kucing hingga mati dengan memberinya kepada anjing untuk digigit mencetuskan kemarahan netizen selepas rakaman kejadian tular di media sosial.

Rakaman CCTV berdurasi seminit 40 saat yang dikongsi pengguna Facebook Chow Ling Ling menunjukkan kanak-kanak itu memanjat pagar dan menceroboh kawasan rumah di Seri Setali, Kuantan, sebelum meletakkan anak kucing ke celah pagar sehingga anjing menggigitnya sampai mati.

Dakwa pemilik rumah terbabit, tiga kanak-kanak itu masuk ke rumahnya tanpa kebenaran dan membiarkan anjing gigit anak kucing itu sampai mati.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan kanak-kanak itu dengan menyifatkan sekumpulan kanak-kanak itu bukan bersikap nakal, tetapi lebih kepada bersikap jahat.

Setakat ini, polis masih belum menerima laporan rasmi berhubung kejadian tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker