Malaysia

Kedai emas Plaza Metro Kajang dirompak, tiga lelaki bertopeng guna kapak

Kuala Lumpur, Jun 18 – Sekumpulan penjenayah bertindak merompak sebuah kedai emas di pusat beli-belah Plaza Metro Kajang, Selangor petang semalam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.45 petang semalam, di mana semua suspek didakwa memasuki premis berkenaan dengan memakai topi keledar dan bertopeng.

Menerusi video tular di Facebook semalam, tiga individu bertopeng itu bertindak memecahkan kaca kabinet yang mempunyai barang kemas dengan menggunakan beberapa bilah kapak yang dibawa mereka.

Suspek terlibat dilihat hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk merompak premis berkenaan, dan sebelum ini media laporkan dalam perkongsian video lain, seorang lelaki didapati berlumuran darah sambil dibantu beberapa individu di tempat kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker