Malaysia

Kegagalan infrastruktur punca kematian anak gajah, “ini memang laluan maut

RURAL Malaysia menyalahkan kegagalan pihak berwajib menyediakan infrastruktur sebagai punca utama kemalangan maut melibatkan seekor anak gajah dengan lori kontena di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik-Jeli, awal pagi kelmarin.

Setiausaha Agungnya, M.S. Anuar Mahmod berkata, kejadian ini bukan pertama kali berlaku di laluan tersebut yang telah lama dikenali sebagai “laluan maut” untuk hidupan liar, namun tiada langkah mitigasi menyeluruh dilaksanakan sehingga kini.

Pihaknya desak tindakan segera termasuk pembinaan lintasan haiwan, pagar keselamatan, papan tanda amaran serta penguatkuasaan had laju dan rondaan berkala. Jangan tunggu tragedi lain berlaku.

RURAL turut menggesa kerajaan mengambil serius perlindungan habitat liar memandangkan JRTB merentasi hutan simpan dan koridor ekologi utama yang menjadi laluan penting spesies terancam seperti gajah Asia.

Kejadian tragis itu tular selepas rakaman video menunjukkan ibu gajah enggan beredar dari bangkai anaknya yang tersepit di bawah lori kontena.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker