
Kuala Lumpur,Julai 20 – Kegagalan sistem Teknologi Maklumat secara global menjadi punca utama penumpang beratur panjang di kaunter pendaftaran masuk (Check in) untuk melakukan pendaftaran masuk secara manual.
Tinjauan Telus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA 2) mendapati rata-rata penumpang berang dan penat beratur panjang berjam-jam bagi melakukan pendaftaran masuk ke pesawat.
Ketika ditemu bual bersama penumpang, Telus mendapati waktu penerbangan dijadual semula dan penerbangan ke Dhaka juga difahamkan tunda akibat pertempuran sehingga mengorbankan lebih 100 orang di situ
Terdahulu media laporkan,berlaku gangguan perjalanan di seluruh dunia susulan gangguan IT yang dikaitkan dengan firma keselamatan siber global Crowdstrike.
CrowdStrike Holdings Inc ialah sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas