Malaysia

Kekurangan 5,000 jururawat, KKM sedia pertimbang bawa dari Indonesia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui berdepan kekurangan kira-kira 5,000 jururawat untuk keperluan segera di seluruh negara.

Bagi menangani isu ini, kementerian terbuka untuk mempertimbangkan sebarang cadangan, termasuk kemungkinan membawa masuk jururawat dari Indonesia.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan, setakat ini KKM belum menerima sebarang permohonan bertulis daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru berhubung cadangan kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia.

Sebarang keputusan, katanya, memerlukan penelitian rapi daripada aspek keselamatan, keberkesanan dan keperluan, selain melibatkan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta agensi berkaitan.

Sebelum ini, KJRI Johor Bahru mengemukakan idea agar jururawat Indonesia dibenarkan berkhidmat di Malaysia, memandangkan negara itu memiliki lebihan tenaga kerja dalam bidang kesihatan.

Cadangan tersebut dilihat mampu memberi manfaat dua hala, lebih-lebih lagi apabila majoriti pesakit antarabangsa di hospital tempatan datang dari Indonesia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker