Malaysia

Keluarga kadet Palapes meninggal dunia November lepas mohon kubur digali semula

Keluarga memohon kebenaran mahkamah agar kubur Allahyarham Muhammad Amir Rusyaidi, 25, yang meninggal dunia pada 13 November tahun lalu digali semula.

Ibunya, Azwati @ Azziaton Muhammed Ghalip, 53, berkata, penggalian semula kubur penuntut UiTM Shah Alam yang meninggal dunia ketika menjalani latihan Pusat Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di UiTM Shah Alam itu bertujuan melakukan bedah siasat mengenai punca sebenar kematian.

Menurutnya, langkah itu diambil selepas keluarga tidak berpuas hati dengan penjelasan awal mengenai punca kematian anak sulungnya.

Sambil mengakui dirinya sebagai orang biasa dan suara kurang didengari, Azwati mendakwa, sehingga kini pihak keluarga telah membuat tiga laporan polis, namun masih belum menerima sebarang maklumat lanjut.

Pihak keluarga mendakwa percaya punca sebenar berkait rapat dengan perlakuan seorang jurulatih berpangkat koperal di Pusat Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Udara UiTM Shah Alam.

Keluarga juga memfailkan permohonan inkues di Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam masa terdekat bagi memohon penggalian semula kubur Allahyarham Muhammad Amir seterusnya membolehkan bedah siasat dilakukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker