Dunia

Keluarga mangsa protes Indonesia dapat bantuan RM3,800

Kementerian Sosial Indonesia (Kemensos) akan menyalurkan bantuan sosial kepada mangsa demonstrasi yang tercetus sejak 25 Ogos lalu.

Bantuan berjumlah Rp15 juta (RM3,850) diberikan kepada waris mangsa yang meninggal dunia, manakala individu cedera parah menerima Rp5 juta (RM1,280). Penyaluran telah bermula di beberapa lokasi termasuk Makassar dan Yogyakarta.

Setakat ini, tujuh kematian dan sembilan kecederaan serius direkodkan dalam kalangan orang awam, selain enam anggota keselamatan masih dirawat di hospital.

Selain wang tunai, Kemensos turut mempertimbangkan bantuan tambahan seperti rehabilitasi sosial dan program pemberdayaan mengikut keperluan mangsa serta keluarga mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker