Kuala Lumpur, Sept 1 – Namibia, di Afrika Selatan merancang untuk menyembelih ratusan haiwannya termasuk gajah, badak air dan kuda belang untuk diberi makanan kepada sebahagian daripada 1.4 juta rakyat mereka di situ.
Menurut sumber, negara itu kini berada dalam krisis kelaparan di tengah-tengah kemarau terburuk dalam abad ini.
Susulan itu, kementerian alam sekitar negara itu menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya akan membunuh lebih 700 haiwan liar, termasuk 83 gajah, untuk memberi makan kepada orang ramai, adalah “perlu” dan “selaras dengan mandat perlembagaan di mana sumber asli digunakan untuk faedah rakyat Namibia.
Sementara itu, pakar cuaca bekata fenomena El Nino yang lazimnya menyebabkan suhu global yang tinggi, digabungkan dengan perubahan iklim menyebabkan musim kemarau yang lebih serius.
Kini, Namibia, Zimbabwe, Malawi dan Zambia telah disytiharkan kecemasan kemarau yang kritikal.