Malaysia

Kembang tekak! Restoran diarah tutup, dapur kotor hingga jumpa najis tikus

Empat premis makanan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang termasuk tiga restoran dan sebuah kedai runcit diarah tutup selama 14 hari selepas pemeriksaan mengejut mendapati tahap kebersihan amat mengecewakan.

Pemeriksaan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 22 Julai lalu menemui najis tikus di kawasan dapur dan rak penjualan makanan, selain dapati premis gagal mematuhi piawaian kebersihan ditetapkan.

Penutupan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil 38(1), Undang-Undang Kecil (Establishment Makanan) MPPP 1991.

Sebuah lagi premis turut dikompaun kerana gagal menyelenggara perangkap minyak, menyebabkan sisa makanan mengalir ke parit awam. MBPP turut menyemak lesen perniagaan, status suntikan vaksin antitifoid dan memeriksa stor serta dapur.

MBPP menasihatkan semua pengusaha agar lebih peka terhadap aspek kebersihan demi keselamatan makanan dan kesihatan pelanggan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker