Kemeja-t logo PDRM,IPD Barat Daya dipakai seorang lelaki warga Bangladesh bukan pakaian rasmi – Kamarul
Kuala Lumpur, Sept 3 – Polis mengesahkan video tular yang memaparkan seorang lelaki disyaki warga Bangladesh memakai baju kemeja-T bercetak dengan logo PDRM dan nama IPD Barat Daya bukan untuk penugasan rasmi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, hasil siasatan mendapati kemeja-T dipakai lelaki itu dicetak pada tahun 2016 untuk kegunaan aktiviti sosial senaman, gotong-royong.
Susulan itu, beliau Kamarul Rizal meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular itu dan pihaknya sudah mengambil maklum isu terbabit.
Terdahulu media lapor, video tular berdurasi 23 saat memaparkan seorang lelaki tempatan merakamkan gelagat seorang lelaki yang dipercayai warga Bangladesh memakai kemeja-T tertera logo PDRM serta nama IPD Barat Daya.