Kementerian Dalam Negeri Pulangkan 172 Jam Swatch Selepas Arahan Mahkamah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memulangkan 172 jam tangan Swatch bernilai RM64,795 kepada Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd pada 9 Disember lalu, selaras dengan arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 November.
Mahkamah mendapati serbuan KDN di 16 kedai Swatch pada Mei 2023 adalah tidak sah kerana dijalankan tanpa waran. Oleh itu, penyitaan jam Pride yang dikaitkan dengan komuniti LGBTQ+ juga dianggap tidak sah.
Walaupun KDN mengharamkan jam tangan Pride pada Ogos 2023, mahkamah memutuskan jam-jam tersebut tidak melanggar undang-undang semasa disita. Arahan pemulangan jam perlu dilaksanakan dalam tempoh 14 hari, dengan KDN tidak memfailkan rayuan atau permohonan penangguhan.
KDN masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan sehingga tarikh akhir 26 Disember 2023. Bagaimanapun, larangan penjualan jam tangan Pride oleh KDN yang diwartakan pada Ogos masih kekal berkuat kuasa.