Malaysia

Kementerian Ekonomi tidak dibubar, PM ucap selamat kepada Rafizi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kementerian Ekonomi tidak akan dibubarkan atau dikembalikan sebagai Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bercakap pada Persidangan Energy Asia 2025, beliau memaklumkan kementerian itu akan terus beroperasi seperti biasa walaupun Rafizi Ramli melepaskan jawatan sebagai menterinya.

Katanya, pelantikan pengganti atau kementerian yang akan mengambil alih tanggungjawab akan diputuskan pada masa yang sesuai.

Mengulas mengenai struktur asal kementerian itu, Anwar menjelaskan EPU sebelum ini berfungsi di bawah JPM dan kemudiannya ditransformasikan menjadi Kementerian Ekonomi semasa pentadbiran pertama Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dirangka oleh keseluruhan Jemaah Menteri, mengambil kira perubahan besar dalam landskap ekonomi global termasuk isu tarif, yang memerlukan semakan semula terhadap unjuran semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker