Malaysia
Kementerian Kesihatan Denda Mat Hasan Kerana Merokok di Premis Makan
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan kompaun kepada Menteri Luar, Mohamad Hasan, kerana merokok di sebuah premis makan di Negeri Sembilan.
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, memaklumkan tindakan itu melalui platform X pagi ini.
Menurutnya, pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban akan menyerahkan notis kompaun kepada Ahli Parlimen Rembau itu hari ini untuk pembayaran denda.