Malaysia
Kemuka tuntutan palsu, pesara ditahan SPRM Sabah

Seorang pesara di Sabah ditahan Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM60,000.
Lelaki berusia 60-an itu ditahan di Pejabat SPRM Keningau pada jam 9.45 pagi tadi.
Siasatan mendapati suspek membuat tuntutan elaun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara Mac 2020 hingga Ogos 2021 atas nama isteri dan anaknya, walaupun mereka tidak bertugas.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy, mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Suspek dijadualkan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 14 Mac.