Malaysia
Keputusan Permohonan Kewarganegaraan Dijanjikan Dalam Setahun Bermula Tahun Depan
Setiap permohonan kewarganegaraan akan menerima keputusan dalam tempoh setahun bermula tahun hadapan, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, langkah ini adalah SOP baharu Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangani isu kewarganegaraan dengan lebih efisien, selaras dengan komitmen Kerajaan Madani menjaga hak rakyat.
Sejak 21 Disember 2022 hingga 27 November 2024, sebanyak 32,408 permohonan telah dipertimbangkan, dengan lebih 80 peratus daripadanya diselesaikan, termasuk kes tertangguh lebih lima tahun.