Uncategorized
Keputusan SPM diumum 24 April ini

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan diumumkan pada 24 April ini melibatkan seramai 402,956 calon di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi, manakala calon persendirian akan menerimanya melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.
Semakan secara dalam talian boleh dibuat di pautan myresultspm.moe.gov.my atau menerusi SMS dengan menaip SPM <jarak> NoKP <jarak> AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan semakan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi, 24 April hingga 6 petang, 30 April.