Malaysia
Kerajaan benarkan pegawai awam Bekerja Dari Rumah sempena Sidang ASEAN

Kerajaan membenarkan pegawai awam mohon Bekerja Dari Rumah (BDR) secara fleksibel sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Mei ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, dasar itu tertakluk di bawah MyPPSM, Ceraian SR.4.1.2.
Ketua Jabatan diberi kuasa pertimbang permohonan, terutama bagi pegawai terkesan dengan kesesakan trafik sepanjang acara berlangsung.
Langkah ini sebahagian usaha pastikan keseimbangan antara tugasan dan keharmonian kerja serta kehidupan.
Pelaksanaan perlu ikut garis panduan dan syarat ditetapkan. Pegawai awam disaran rujuk Ketua Jabatan untuk tindakan lanjut.