Kerajaan dicadang lanjut umur persaraan kepada 65 tahun

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan agar umur persaraan wajib penjawat awam dilanjutkan kepada 65 tahun.
Menurut beliau, ramai penjawat awam yang bersara pada usia 60 tahun masih dalam keadaan sihat, bertenaga dan mampu terus menyumbang kepada perkhidmatan awam.
Beliau turut membandingkan situasi hakim yang bersara pada usia 65 tahun, dengan pilihan lanjutan enam bulan, dan menyatakan bahawa beberapa negara ASEAN menetapkan umur persaraan hakim sehingga 70 tahun.
Cadangan itu juga selari dengan laporan dan kajian yang membincangkan langkah menangani krisis pencen, terutama apabila Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang 2044.
Dengan 14 peratus rakyat berusia lebih 65 tahun, angka yang dijangka meningkat kepada 20 peratus menjelang 2056.
Tambah beliau, melanjutkan usia persaraan juga boleh membantu individu menjana pendapatan lebih lama, memandangkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan satu daripada empat rakyat Malaysia kehabisan simpanan persaraan dalam tempoh lima tahun selepas bersara.