Malaysia

Kerajaan diseru kemaskini populasi masyarakat India di Malaysia

Ahli Dewan Negara, Dr RA Lingeshwaran menyeru kerajaan untuk menyemak semula data populasi masyarakat India di Malaysia kerana data rasmi yang direkodkan tidak mencerminkan realiti sebenar.

Katanya, Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menyebut seramai 1.98 juta atau 6.6 peratus daripada populasi penduduk adalah kaum India dan ia kelihatan tidak logik.

Merujuk kepada sambutan Thaipusam 2025, Dr. Lingeshwaran menjelaskan bahawa lebih 1.5 juta penganut telah membanjiri Pulau Pinang dan 1.8 juta di Batu Caves, belum lagi termasuk kehadiran di Taiping, Sungai Petani, Negeri Sembilan, dan Johor.

Jika dijumlahkan, kehadiran penganut di seluruh negara jauh melebihi populasi rasmi masyarakat India yang direkodkan.

Bancian MyCensus 2020 melaporkan hanya 50% masyarakat India mengambil bahagian, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap ketepatan data dan anggaran jumlah penduduk mereka di Malaysia.

Untuk itu, beliau yang berucap sewaktu pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada Selasa mendesak Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan bancian khusus bagi memastikan jumlah sebenar populasi India direkodkan dengan tepat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker