Malaysia

Kerajaan Haramkan Tiga Buku

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan tiga buku kerana mengandungi unsur yang boleh memudaratkan moral di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Buku yang diharamkan ialah My Shadow Is Purple (Scott Stuart), Koleksi Puisi Masturbasi (Amir Hamzah Akal Ali), dan All That’s Left In The World (Erik J Brown). Larangan ini digazetkan pada 21 dan 22 Januari 2024 di bawah Seksyen 7(1) Akta 301 kerana dianggap sebagai “penerbitan tidak diingini.”

Mereka yang mencetak, mengimport, menjual, atau menerbitkan buku-buku ini boleh didakwa di bawah Seksyen 8(2) Akta 301, dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara, denda hingga RM20,000, atau kedua-duanya.

KDN menegaskan langkah ini penting untuk mengekang ideologi yang bertentangan dengan budaya Malaysia. Tahun lalu, penulis Benz Ali mendakwa bukunya, Koleksi Puisi Masturbasi, dirampas walaupun belum diharamkan. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, menjelaskan buku itu disita untuk kajian undang-undang selepas aduan awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker