Malaysia

Kerajaan Johor bakal berunding bersama Harvard, tingkat kompetensi pentadbiran

Kerajaan Negeri Johor bakal mengadakan rundingan bersama Universiti Harvard bagi merangka kursus profesional khusus buat Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS), sebagai usaha meningkatkan kompetensi pentadbiran negeri ke tahap antarabangsa.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah, langkah ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk memastikan pegawai JCS dilengkapi pengetahuan global dan kemahiran kepimpinan yang setanding piawaian antarabangsa.

Sebagai permulaan, kerajaan negeri melalui Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta’zim telah menaja pegawai kanan JCS untuk mengikuti kursus pembangunan profesional bertaraf dunia di institusi ternama, termasuk universiti Ivy League di Amerika Syarikat.

Baginda bertitah semasa merasmikan Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker