Malaysia

Kerajaan komited ringankan beban rakyat, pacu ekonomi negara – Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyatakan penghargaan terhadap pengumuman langkah-langkah proaktif oleh Perdana Menteri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara menerusi pelbagai bantuan dan inisiatif Kerajaan MADANI.

Menurut beliau, pengumuman itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesusahan yang dihadapi rakyat, sekali gus membuktikan komitmen untuk terus membantu golongan memerlukan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu.

Fahmi turut menegaskan bahawa segala keputusan dibuat selepas penelitian menyeluruh, selari dengan prinsip keadilan sosial dan kemampanan ekonomi.

Langkah ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada rakyat, malah dijangka menyumbang kepada kestabilan ekonomi serta ketahanan fiskal negara.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM), beliau turut menyeru rakyat agar menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Malaysia.

Beliau juga mengajak semua pihak untuk bersatu hati dalam menghargai kemerdekaan serta terus menyokong usaha kerajaan membangunkan negara.

Katanya, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh agenda pembangunan negara menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 dan penyediaan Belanjawan MADANI yang sedang digarap demi manfaat semua lapisan masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker