Malaysia

Kerajaan Persekutuan Tiada Rancangan Segera Laksana Minggu Kerja 4 Setengah Hari

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, memaklumkan kerajaan persekutuan belum merancang untuk melaksanakan sistem minggu kerja empat setengah hari.

Beliau berkata, keputusan itu adalah dasar kerajaan negeri Johor yang akan dikaji terlebih dahulu oleh pihak persekutuan.

“Itu keputusan kerajaan Johor, dan kami akan menilai cadangan tersebut sebelum membuat sebarang keputusan di peringkat persekutuan. Buat masa ini, tiada rancangan untuk melaksanakan sistem itu,” katanya selepas majlis penutup Konvensyen Reformasi Perkhidmatan Awam Kebangsaan.

Tambahnya, impak sistem tersebut terhadap produktiviti belum dapat dinilai kerana ia masih di peringkat pengumuman.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker