Malaysia
Kerajaan uji terminal MyKad bagi memudahkan penerima subsidi RON95

Kerajaan kini dalam fasa akhir menguji penggunaan terminal bacaan MyKad sebagai mekanisme penyaluran subsidi petrol RON95.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata, melalui sistem ini, pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke terminal khas di stesen minyak untuk menentukan kelayakan dan kuota subsidi, sebelum membeli petrol pada harga RM1.99 seliter.
Selain MyKad, kerajaan turut menilai opsyen lain termasuk aplikasi syarikat minyak dan e-dompet bagi memastikan proses lebih mudah tanpa menimbulkan kesesakan di pam.
Kriteria penerima masih dimuktamadkan, namun kerajaan memberi jaminan penyasaran subsidi ini tidak akan membebankan pengguna biasa.