Malaysia
Kereta BMW terbakar ketika perlumbaan di Litar Sepang

Sepang, 13 Julai –
Sebuah kereta BMW terbakar secara tiba-tiba ketika sedang menyertai perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam, mencetuskan detik cemas di kalangan penonton dan peserta.
Insiden berlaku sekitar jam 12 tengah hari, apabila kereta tersebut dipercayai mengalami kebocoran pada tangki bahan api sebelum terbakar di selekoh keempat litar.
Pasukan bomba dari KLIA segera dikejarkan ke lokasi dan berjaya memadamkan api sepenuhnya.
Kereta berkenaan musnah terbakar hampir keseluruhannya, namun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.