Kereta pasangan suami isteri warga Singapura terbakar di CIQ BSI, Johor Bahru
Kuala Lumpur, Julai 9 – Kereta yang dinaiki sepasangan suami isteri warga Singapur terbakar di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru, malam semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian kira-kira jam 8.15 malam, mangsa difahamkan dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk memasuki Singapura.
Bagaimanapun, pasangan berusia lingkungan 40-an itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kebakaran itu berjaya dikawal anggota pelbagai agensi termasuk polis, Rela, polis bantuan dan anggota Jabatan Imigresen menggunakan alat pemadam api.
Mengulas lanjut, Raub berkata api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 8.35 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba.