Malaysia

Kereta terjunam di Port Dickson: Ibu bapa ditahan bagi siasatan

Seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun dan seorang wanita berumur 41 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang lemas selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, Port Dickson, semalam.

Lelaki berkenaan dipercayai bapa kepada mangsa dan mempunyai 16 rekod lampau termasuk empat kes masih dikehendaki, manakala wanita tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kereta yang terbabit dalam insiden itu juga pernah dilaporkan hilang sebelum ini.

Mangsa, masing-masing berusia enam dan lapan tahun dari Shah Alam, ditemui terperangkap di dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

Kedua-dua suspek kini direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker