Kuala Lumpur, Sept 17 – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dengan berkerusi roda.
Bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 71 tahun itu, hadir ke mahkamah bagi menyambung perbicaraan kes penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib berkelihatan lemah tetapi sempat melambai tangan kepada pemberita di perkarangan mahkamah.
Sebelum prosiding bermula, beliau dilihat berjalan menggunakan tongkat memasuki kamar mahkamah dan hakim membenarkan beliau duduk di luar kandang bagi membolehkannya meregangkan kaki.
Terdahulu media lapor, perbicaraan sebelum ini ditangguhkan berikutan kemasukan Najib ke HKL pada 9 September lalu akibat keradangan lutut.