Malaysia

Kes amang seksual murid lelaki di Tumpat; guru direman 7 hari

Kuala Lumpur, Sept 8 – Seorang guru sekolah kebangsaan berusia 49 tahun yang disyaki terlibat dalam kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun di Tumpat direman tujuh hari.

Kejadian didakwa berlaku di sekolah dan disyaki turut dilakukan dalam kereta di sebuah pusat beli-belah di Tumpat serta sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan, bermula sejak Mac lalu.

Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman, bermula hari ini hingga 14 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie mengesahkan pihak polis menerima laporan berhubung kes tersebut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker