Kes berbalas tembakan Subang: Polis lama jejak kumpulan senjata api dari sebuah negara benua afrika

Kuala Lumpur,Ogos 21 – Polis mengesahkan lelaki yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Subang Jaya, Selangor, semalam merupakan ahli kumpulan samun bersenjata api dari sebuah negara di Benua Afrika.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian 6.59 petang itu, suspek yang memandu kereta jenis Hyundai Matrix berwarna merah diarahkan berhenti oleh sepasukan anggota dari JSJ Bukit Aman.
Katanya, suspek berusia 30-an itu, melepaskan lima das tembakan dengan dua daripadanya terkena kenderaan polis.
Mengulas, Mohd Shuhaily berkata pihaknya sudah lama menjejaki kumpulan berkenaan yang aktif sejak 2018, kerana terbabit dalam 45 kes melibatkan kerugian kira-kira RM8 juta dari 2018 hingga sekarang.