Kes COVID-19 di Singapura meningkat

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) kini memantau peningkatan kes COVID-19 selepas jumlah mingguan melonjak kepada 14,200 kes antara 27 April hingga 3 Mei, berbanding 11,100 minggu sebelumnya.
Kemasukan harian ke hospital turut meningkat daripada 102 kepada 133 kes, namun pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal rendah iaitu dua kes sehari.
MOH menjelaskan peningkatan kes mungkin berpunca daripada penurunan imuniti penduduk. Dua varian utama yang sedang menular adalah LF.7 dan NB.1.8, namun tiada bukti ia lebih berbahaya daripada varian sebelum ini.
Vaksinasi disaran kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas, pesakit kronik, dan penghuni pusat jagaan. Petugas kesihatan serta individu yang menjaga golongan rentan juga digalakkan mengambil dos terkini.